Thursday 28 July 2011



Ingatan Tulus Ikhlas

Dari Cikgu Ilham, 
  
Kasih Sayangku, Tidak pernah luput pada kalian semua (anak muridku), Cikgu senantiasa mendoakan kejayaan kamu semua ke Menara Gading dan kebahagiaan Dunia dan Akhirat.


Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Mutiara Nasihat 4

Anak kecil yang nakal atau mempunyai kelebihan boleh melihat benda-benda ghaib seperti makhluk halus.


Kebanyakkan dunia masyarakat Melayu sering mempercayai anak mereka mempunyai kelebihan yang luar biase dan juga mempunyai kelebihan yang mencarik adat.


Di kalangan anak mereka ada yang boleh melihat makhluk halus dan boleh berkomunikasi dengan mereka.


Ya, memang benar setiap di muka bumi ini ada anugerah Allah kepada seseorang. akan tetapi ia sangat sedikit dan berapa ramai yang mengenali dan memahami kontek Anugerah Allah.


Anugerah Allah terbahagi kepada 3 seperti mukijzat, qaramah, dan maunah.Ataupun yang bukan dari anugerah Allah seperti keletihan dari jin yang berdamping dengan anak kecil tersebut.


Justeru itu, marilah kita sama-sama membanteras penyamaran dan penipuan jin dalam dunia manusia. Bahawasanya anak kita itu telah di dampingi jin atau jin saka @ jin Islam yang ingin berdamping dengan budak tersebut.


Cara mengatasinya:
1. Letakkan tangan kita di kepala anak tersebut dengan bacaan,
      AL- FATIHAH     7X
      QUL- AHAD        7X
      QUL- FALAQ      7X
      QUL- FINNAS     7X
      AL- ZALZALAH 7X

Tatapan Untuk Guru-Guruku dan sahabat-sahabatku..

Kenanganku dalam perjalanan ini bersama mereka yang kuingati dan sayangi.

Kalian sentiasa menyokong diriku, dalam apa jua keadaan.

Ku ucapkan Salam Sayang kepada bapa angkatku Bapak Ismail, Abg Sahar, Abg Mejah (Hamzah), Abu Ya, Amy, Abg Zainas, ibu angkat, IS, adikku Salleh, dan yang lain-lain kukenali.

Salam Lembaran Aidilfitri,

Wednesday 20 July 2011

Untaian Nasihat dari Ayahandaku

Terbentang luas kupasan dan huraian ilmu. Perubatan yang sering diajarkan kepadaku dengan penuh keyakinan dan istiqamah.
Peranan mualij
  • ·         Keikhlasan kepada Allah
  • ·         Berserah kepada Allah
  • ·         Bertawakal kepada Allah
  • ·         Kosentrasi yang tinggi
  • ·         Jangan berputus asa
  • ·         Semangat juang yang tinggi
  • .   Meletakkan Haqqul yakin kepada Allah
  • ·         Meyakini Rahmat Allah sebagai penyembuh
  • .   Meyakini iaitu Allah sentiasa membantu kita


Peranan pesakit
  • ·         Harus reda setiap ujian, kerana setiap penyakit itu adalah   ujian dari Allah.
  • ·         Ikhlas dan berkeyakinan yang tinggi untuk sembuh.
  • ·         Tidak pernah berputus asa.
  • ·         Beristiqamah dulu proses rawatan
  • ·         Sentiasa berdoa kepada Allah yg anda akan sembuh jua.
  • ·         Harus berkeyakinan yang tinggi dengan Rahmat Penyembuh dari Allah

Mutiara Nasihat 3

Darah Tinggi
                Dalam menhitung hari-hari yang berlalu, Cikgu Ilham ingin memberi nasihat yang amat berguna kepada semua pembaca dan berkongsi pengalaman mengenai Penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi.
                Dalam kesibukan masyarakat hari ini ramai rakyat Malaysia menghidap pelbagai penyakit yang boleh menggugat keamanan  dan ketenangan seseorang. Kerana terlalu memikirkan sesuatu, tertekan, runsing, kecewa, dan kedengkian sesame manusia, mengakibatkan penyakit darah tinggi adalah penyakit yang paling popular yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
KETAHUILAH!..
Punca- punca penyakit darah tinggi boleh dikaitkan kepada beberapa kategori:
è Kerana terlalu memikirkan sesuatu yang terlalu rumit, hingga tidak dapat meyelesaikan masalah.
è Kerana faktor pemakanan yang tidak seimbang seperti makanan berlemak, masin, berdaging dan lain-lain.
è Faktor yang lain seperti tidak di sangka-sangka oleh umat manusia hari ini seperti gangguan jin , sihir, dan saka juga penyumbang besar yang ramai tidak ketahui.
è Faktor sifat manusia juga adalah penyumbang utama iaitu sifat ‘mazmumah’ seperti tidak bersyukur, irihati sesame sendiri, khianat dan lain-lain.
Solusinya: Marilah kita manfaatkan teknik dan cara penyembuhan yang sempurna lagi alami seperti:

LANGKAH 1: 
i.                     amalkan meminum air misai kucing atau sirih yang direndam di dalam air panas yang di letakkan di dalam bekas lalu ditutup..
ii.                   selepas beberapa minit inumlah air tersebut dengan diiringi doa dan bacaan seperti:
1)      Baca Al-Fatihah                      7x
2)      Baca Selawat Syifa                 3x
3)      Baca Al-Zalzalah                     3x
4)      Azan                                       1x

LANGKAH 2

Setelah lakukan LANGKAH  1 teruskan LANGKAH 2  iaitu urutlah bahagian tengkuk berulang-ulang kali sehingga terasa lembut sehingga seseorang pesakit itu merasa lega dan sedawa.

                Lakukan setiap hari urutan di tengkuk 1 hari 2 kali petang dan malam. Insya-Allah telah ramai pesakit yang sembuh dan anda harus yakin, istiqamah, bahawasanya setiap penyakit ada ubatnya.

                Nasihat yang ikhlas: Sekiranya anda melaksanakan amalan tersebut maka ubat-ubatan moden sebaik-baiknya di tinggalkan supaya ia tidak mengganggu proses penyembuhan Alami dan mukjizat Al-Quran.

                Terapi darah tinggi: minum air mineral yang turut di baca ayat-ayat Alquran yang diberi: Setiap hari 2 botol besar 1.5 liter. Insya-Allah Allah jua yang menyembuhkan.

Monday 11 July 2011

Surah Al-Isra' Ayat 82



Bukti ayat yg diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad bahawa Al-Quran adalah mukizat ALLAH yg boleh mendai penawar dan penyembuh dengan izin ALLAH.

Mutiara Nasihat 2

PATAH KAKI, TANGAN, DAN TERSELIUH.

Mungkin tidak diketahui saban hari kita menempuh hari2 mendatang dgn penuh dugaan..

-> Ramai pesakit yg mengalami kemalangan jalan raya atau apa sahaja bentuk kecederaan seperti terseliuh, patah, terkehel, bengkak akan menjadi penderitaan kepada si pesakit. Malangnya walaupun telah pergi ke hospital masih juga tidak mahu sembuh dengan sendirinya.
 Contoh: Tulang yg patah masih tidak bercantum, bengkak yang tidak mahu menyusut dan kesakitan yang amat sangat yang tidak mahu berkurangan dan lebih teruk sekali si pesakit menderita bertahun-tahun.

KETAHUILAH!
  Kes2 ini telah dianalisis dan telah dialami oleh kami yang melakukan rawatan. Kes ini dikaitkan dgn gangguan jin seperti kemalangan seseorang itu disengajakn oleh kaum jin ditempat kejadian tersebut. 

-> Ada juga kemalangan yang benar2 berlaku akibat kecuaian manusia. Jin yang berada di situ mungkin terhimpit, tercedera lalu bertindak memasuki badan si mangsa dan mengakibatkan kecederaan tersebut tidak mahu sembuh, lambat sembuh dan cacat selamanya.

   Solusinya: Janganlah mudah berputus asa apabila doktor menyatakan ia tidak ada harapan. Hakikatnya ramai pesakit telah sembuh dengan kaedah rawatan Islam. 

Mutiara Nasihat 1

KETAHUILAH ! 
     Ramai masyarakat Islam tidak mengetahui kehadiran Jin di rumah serta kesannya.

-> Setiap tandas dan bilik air di rumah mesti diterangkan pada setiap malam.

Kajian Kes- Ramai orang2 tua atau muda menghadapi stroke, jatuh atau koma ketika berada di bilik air atau tandas. 

-> Solusinya: Sentiasa terangkan lampu dan taburkan garam yang telah didoakan pada tandas semalaman.

Perjalanan hidupku..

    Cikgu Ilham,
       Detik detik perjalananku……
       Perjalananku terlalu jauh untuk ku ungkapkan.Keberadaanku ini di dunia telah di tetapkan oleh Sang Khaliq.
       Kelahiranku telah memberi rahmat kepada keluargaku yang tercinta kepada ayahanda ku, Rahmat bin Abdul Kadir dan kepada Bondaku Siti Hawa bt Dato Mohd Khatib. Ayahanda ku seorang mualij (perawat Islam) membesarkan ku dengan didikan agama, ilmu sosial, Falsafah, perubatan serta ekonomi.

 Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dalam bilangan 5 orang adik-beradik dan aku yang ke 2.

       Saban hari aku sering mengikuti kuliah ayahanda ku dan aku sentiasa mendampinginya ke mana ayahandaku pergi, hatta dalam merawat pesakit di merata tempat.
       Ketika aku berumur 8 tahun, aku sudah diajar oleh ayahku pendidikan agama Islam tinggi seperti Tauhid , Fekah, Tasawuf  Al. Quran dan Hadis.

       Ayahanda ku dapat menelusuri pandangku mata hati(Basyariah) mengenai diriku, iaitu aku dilahirkan dengan keistimewaan yang diberi oleh Allah.

   Pelbagai Kitab Perubatan Islam dan Disiplin ilmu telah diajarkan kepada ku, oleh ayahandaku, yang tercinta.Dan pelbagai pengalaman telah ku tempuhi dalam menjalani kehidupan sebagai Perawat Islam.

       Ayahandaku sering menekanlan kelebihan mukjizat Al-Quran, dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, berkaitan Jasmani dan Rohani.
       Ayahandaku juga menghantar ku mendalami ilmu perubatan kepada Datuk ku, Guru-guru muktabar yang dulunya kenalan ayahandaku di pengajian pondok di rantau Tanah Jawi, Madinah, Mekah, India.

    Tidak lupa ibuku yang ku cintai sentiasa mendoakan diri-ku agar bahagia dan selamat meniti kehidupan ini. Ibuku juga banyak mengajarku ilmu Hadith, Al-Quran, dan Fekah.

   Ketika berumur 11 tahun ayahandaku telah membenarkan ku mula mengubati pesakit-pesakit secara bersama dengan ayahandaku. Aku mula merawat pesakit yang di Sihir, Saka, Pesakit zahir dan pelbagai lagi.

  Sehingga kini,masa telah berlalu pergi, ayahandaku telah meninggalkan Dunia yang Fana ini, selama hampir 16 tahun, namun,aku merasakan seolah-olah masih bersamaku.

    Walaupun hari ini, aku bergelar pendidik(guru), namun aku terus memperjuangkan amanat ayahandaku untuk aku berbakti dan membantu mereka yang memerlukan. Amin......

  Kata-kata ayahandaku : Cintailah Allah, dan Rasulnya (Muhammad), Cintailah kedua ibu-bapa mu, Guru mu, Kasihilah murid-murid mu, berbaktilah kepada umat manusia. Wassalam......Amin.

Friday 8 July 2011

ALQURAN SEBAGAI PENYEMBUH