Friday 14 December 2012

Pengalaman dalam perubatan

Salam muhibbah dan keberkatan daripada-Nya...

Setiap penyakit pasti ada penawarnya yang diturunkan oleh Allah melalui rahmat-Nya kepada semua ciptaan makhluk-Nya. Dan penawarnya itu, diturunkan-Nya melalui AL-Quran Nur Karim. Atas prinsip inilah, Cikgu Ilham berpegang teguh dalam mengubati setiap pesakit yang mempunyai pelbagai ragam sakit dan cacat-celanya.

Membuka kisah pengalaman saya sebagai Muallij, suatu masa ketika zaman persekolahan, pelbagai jenis penyakit yang pernah saya berhadapan, tidak kira penyakit zahir mahupun penyakit rohani, dengan berbekalkan doa, tawakal dan mukjizat Al-Quran dengan bimbingan arwah ayahanda saya yang tercinta. Justeru, dalam diari kehidupan saya, perjuangan saya dalam perubatan dan dakwah Islamiah yang saya bawa ini ialah rasa tanggungjawab saya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Kajian kes 1 : Sihir (santau penunduk/pengasih)

Sebagaimana kita maklum, sihir atau santau merupakan suatu perbuatan yang keji dan menyalahi syariat agama serta dikeji oleh Allah. Tidak kiralah zaman kuno atau moden, sihir ini tetap diamalkan dan penggunaannya hanya satu - menganiaya orang lain angkara nafsu serakah.

Saya pernah didatangi oleh pesakit yang berasal dari Kedah, iaitu pasangan suami isteri. Si suami sentiasa sakit seperti tidak tenteram dan dada berdebar-debar pada waktu senja dan malam. Si suami sudah pun beriktihar dan berubat di tempat lain selama hampir 10 tahun. Paling kritikal kesakitannya apabila dia sentiasa mendengar bisikan halus di telingannya untuk menceraikan isterinya, namun dia tetap bersabar dan tabah menghadapinya sehingga mengalami sakit kepala yang kronik.

Seperti biasa, kedatangan mereka sebagai pesakit meminta pertolongan kepada saya. Lalu, saya memulakan rawatan dengan memegang dada si suami sambil merukyah ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak beberapa lama kemudian, kedengaran suara pesakit itu berubah.Suara itu merupakan suara jin yang mengambil alih badan pesakit itu. Dengan izin Allah, saya mengancam jin tersebut ;

"Siapa kamu?" Kata saya.

"Aku dihantar oleh seseorang...." Kata Jin tersebut.

"Siapa?"

"Namanya ........... , mak mentuanya..." Jin itu bergema.

"Apa upah kamu?"

"Upahku sebanyak RM 300 (kepada bomoh)" Jawab Jin.

"Siapa yang melakukan?"

"........ Pawang orang asli yang memeluk Islam." Kata Jin itu lagi.

"Kenapa dia benci sangat dngan menantunya..."

"Mak mentuanya ingin menjodohkannya dengan anak abangnya."

"Bagaimana cara dia menyihir si suami?"

"Mak mentua sentiasa memberikan dia makanan kuih puding yang telah dijampi."

"Selain daripada itu?"

"Mak mentuanya bagi bubur kacang setiap petang, dua minggu sekali."

"Aku tak mahu kau duduk dalam badannya. Baik kau keluar." Saya bersuara kasar. "Dan aku nak kau keluar makanan puding dan bubur kacang yang kau bagi sepuluh tahun dahulu." Sambung saya lagi.
"Aku tak nak keluar."

"Baik, kalau engkau tak nak keluar, aku bakar kau dengan azab daripada ayat-ayat  Al-Quran."

Kemudian, saya memulakan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan bermohom kepada Allah memberikan bantuan.

Jin itu terus mengerang kesakitan yang amat sangat. Saya menbentak jin itu, "keluarkan makanan tersebut!"

Lalu jin itu mengangguk dan memuntahkan benda-benda sihir tersebut (puding dan bubur kacang). Selepas itu, saya mengarahkan jin itu keluar lalu jin itu mengangguk maka, rebahlah si suami itu.
Si suami itu mulai sedar. Saya membekalkan pesakit tersebut dengan limau dan air mineral yang telah didoakan dengan ayat suci Al-Quran serta selawat ke atas Nabi.

Kesimpulannya,  inilah sihir pengasih dan penunduk yang telah banyak menyesatkan umat manusia terutamanya masyarakat Melayu moden sekarang.

Waallahualam....

No comments:

Post a Comment