Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para pembaca;
Cikgu menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap serta diiring dengan ucapan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada para pelayar yang diingati. Sudah hampir dua tahun cikgu tidak aktif menulis dan tidak mengemaskinikan perkembangan semasa kerana kesibukan menjalani kehidupan serta memikul amanah mengakibati kesukaran melakukan hal sedemikian.
Cikgu Ilham mengharapkan juga agar penulisan cikgu akan banyak memberikan pengetahuan kepada para pembaca untuk dijadikan pedoman dan sempadan mengenai kebaikan serta keburukan menghadapi rencah-rencah kehidupan. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sentiasa alpa dan terlepas pandang tentang kesilapan yang pernah kita lakukan. Justeru, sama-samalah kita memunasabahkan diri untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna, dan lebih penting, mensyukuri rahmat-Nya!
Cikgu Ilham.
No comments:
Post a Comment