Tuesday, 16 August 2016

Kelaziman manusia

Sejak dahulu sifat budaya òrang melayu kita tidak berfikiran terbuka....dan sering menjadikan sifat mazmumah pakaian kehidupan mereka...

Cikgu masih teringat cerita arwah ayah dahulu ketika tahun 1968, apabila satu peristiwa menyayat hati mengenai permainan sihir orang melayu dahulu apabila bermusuhan satu kampung dua orang lelaki beradu ilmu mereka sehingga ilmu tuju gelang gelang terkena si musuhnya sehingga keluar semua cacing dalam perutnya dan situ juga si musuhnya meninggal dunia...

Pengajaran...janganlah mengamalkan ilmu yg boleh membawa kita ke jurang dosa yg besar serta kufur...Namun orang yg melakukan khianat itu akhirnya menerima kifarah allah akhirnya iaitu menerima kesakitan perut yg amat sangat selama brrpuluh tahun ....dan meninggal dunia sekitar 1995..berumur 50 tahun...

nukilan cikgu ilham .

Koleksi Nasihat Cikgu

Nasihat cikgu....

Ramai di kalangan masyarakat hari ini memburu cita cita dan kekayaan dgn cara yg salah ..Ada yg guna amalan sihir pengasih...pembenci...Tau sihir sakit supaya pesaing kita di pejabat akan musnah..seperti sakit sakit..badan...lemah lemah badan tak bermaya...

Ada beberapa kes rebut jawatan dalam bank maka masing masing menggunakan ilmu hitam untuk usaha menjatuhkan satu sama lain.....

Tapi ingat sekira kita guna ilmu hitam ni yg tidak tahu akan sumpahan ilmu hitam ini..lazimnya bomoh itu tidak akan beritahu, Natijahnya...sesorang yang berjaya dgn amalan ilmu hitamnya maka syaratnya salah seorang anak kita akan jadi galang ganti atau akan cacat....

Nasihat cikgu....

Sekiranya kita balik kampung bawa anak kecil dalam kereta melalui hutan waktu tengah malam peganglah kepala atau anak kita dan bacalah doa pelindung Al..fatihah...qul ahad...qul falaq...qul.nass..ayatul kursi...selawat nabi muhammad terus menerus...

Ramai pesakit yg datang berubat terkena gangguan jin sehingga anak mereka menangis sekuat kuatnya tidak henti henti...