Cikgu Ilham,
Detik detik perjalananku……
Perjalananku terlalu jauh untuk ku ungkapkan.Keberadaanku ini di dunia telah di tetapkan oleh Sang Khaliq.
Kelahiranku telah memberi rahmat kepada keluargaku yang tercinta kepada ayahanda ku, Rahmat bin Abdul Kadir dan kepada Bondaku Siti Hawa bt Dato Mohd Khatib. Ayahanda ku seorang mualij (perawat Islam) membesarkan ku dengan didikan agama, ilmu sosial, Falsafah, perubatan serta ekonomi.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dalam bilangan 5 orang adik-beradik dan aku yang ke 2.
Saban hari aku sering mengikuti kuliah ayahanda ku dan aku sentiasa mendampinginya ke mana ayahandaku pergi, hatta dalam merawat pesakit di merata tempat.
Ketika aku berumur 8 tahun, aku sudah diajar oleh ayahku pendidikan agama Islam tinggi seperti Tauhid , Fekah, Tasawuf Al. Quran dan Hadis.
Ayahanda ku dapat menelusuri pandangku mata hati(Basyariah) mengenai diriku, iaitu aku dilahirkan dengan keistimewaan yang diberi oleh Allah.
Pelbagai Kitab Perubatan Islam dan Disiplin ilmu telah diajarkan kepada ku, oleh ayahandaku, yang tercinta.Dan pelbagai pengalaman telah ku tempuhi dalam menjalani kehidupan sebagai Perawat Islam.
Ayahandaku sering menekanlan kelebihan mukjizat Al-Quran, dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, berkaitan Jasmani dan Rohani.
Ayahandaku juga menghantar ku mendalami ilmu perubatan kepada Datuk ku, Guru-guru muktabar yang dulunya kenalan ayahandaku di pengajian pondok di rantau Tanah Jawi, Madinah, Mekah, India.
Tidak lupa ibuku yang ku cintai sentiasa mendoakan diri-ku agar bahagia dan selamat meniti kehidupan ini. Ibuku juga banyak mengajarku ilmu Hadith, Al-Quran, dan Fekah.
Ketika berumur 11 tahun ayahandaku telah membenarkan ku mula mengubati pesakit-pesakit secara bersama dengan ayahandaku. Aku mula merawat pesakit yang di Sihir, Saka, Pesakit zahir dan pelbagai lagi.
Sehingga kini,masa telah berlalu pergi, ayahandaku telah meninggalkan Dunia yang Fana ini, selama hampir 16 tahun, namun,aku merasakan seolah-olah masih bersamaku.
Walaupun hari ini, aku bergelar pendidik(guru), namun aku terus memperjuangkan amanat ayahandaku untuk aku berbakti dan membantu mereka yang memerlukan. Amin......
Kata-kata ayahandaku : Cintailah Allah, dan Rasulnya (Muhammad), Cintailah kedua ibu-bapa mu, Guru mu, Kasihilah murid-murid mu, berbaktilah kepada umat manusia. Wassalam......Amin.